Monday 30 November 2009

Ketum - Kebaikan, Keburukan dan Penagihan


Pokok Ketum juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.




Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Bahan Aktif

• Mengandungi banyak alkaloid psikoaktif, lebih daripada 25, tetapi Mitragynine merupakan alkaloid yang utama

• Mitragynine memberi kesan-kesan stimulan, sedatif dan euforik, oleh itu ia berfungsi sebagai drug narkotik seperti candu

• Alkaloid Mitragynine diasingkan (isolated) pada tahun 1907

• Struktur kimianya ditentukan pada tahun 1964

• Strukturnya berkait dengan alkaloid yohimbin dan voakangin (voacangine)

• Terdapat perkaitan jauh dengan ‘tryptamine-based psychedelic drugs’ seperti yohimbin, psilosibin dan LSD.



Pelbagai Cara Mengambil Ketum

• Daun segar dikunyah bersama sirih

• Daun kering dihisap bersama tembakau, candu

• Direbus dan minum sebagai sirap/ teh

• Daun segar/ kering ditumbuk halus dan dimakan diikuti

• Dengan air suam. Serbuk juga diletakkan pada lidah untuk kesan gian

• Ekstrak resin mentah dibentukkan kepada gentel kecil yang ditelan atau dicairkan dalam air panas


Penggunaan Tradisional

• Diguna semenjak berzaman-zaman

• Ubat tradisional bagi:

• Merawat cirit birit, demam dan batuk,

• Mengelakkan dari penyakit cacing,

• Meningkatkan selera makan,

• Menambah tenaga untuk melakukan kerja-kerja berat,

• Diadun dengan herba lain – penawar kepada penyakit darah tinggi, lemah tenaga batin dan lelah



Kegunaan-Kegunaan Lain

• Detoksifikasi penagihan metadon (seperti di New Zealand). Pesakit melaporkan kesan mimpi yang sangat jelas (vivid hypnagogic dreams).

• Sebagai stimulan – mempengaruhi mood dan tahap kegelisahan

• Sebagai analgesik – berkesan sebagai ubat pelali seperti Morfin

• Drug narkotik – menghasilkan kesan bak-narkotik dan euforia bak-heroin

• Drug gantian untuk candu

• Penyembuhan sementara untuk penagihan candu kerana ia menghalang gejala tarikan opiate

• Ketum digunakan untuk menghentikan penggunaan drug narkotik secara beransur-ansur; penagih akan berhenti mengambil dadah, keinginan (gian) dan gejala tarikan akan diredakan melalui pengikatan alkaloid mitraginin kepada reseptor delta (Kajian perintis di National Institute of Thai Traditional Medicine, 1999).



Kesan Farmakologi

• Bertindak dalam masa 5-10 minit setelah mengambil dan tahan selama 6 jam

• Mengurangkan ketegangan otot

• Menindas sistem saraf pusat

• Memberi kesan penagihan yang sederhana (mildly addictive)

• Kesan berhubungkait dengan dos yang diambil


Mekanisme Tindakan

• Ketum mempunyai beberapa tindakan pindah-silang kepada reseptor Mu – mungkin berhubungkait dengan ciri-ciri ketagih daun ketum iaitu reseptor kappa dan delta tidak berubah dengan penggunaan kronik agonis opiat, tetapi reseptor mu akan terubah dengan teruk (down-regulated), dan seterusnya menyebabkan tolerans dan penagihan.

Kesan Mengikut Tahap Dos

• Alkaloid aktif memberi kedua-dua kesan stimulan dan sedatif

• Dos rendah (1-5 gram daun kering) sehingga dos sederhana (dua kali ganda dos rendah) memberi kesan stimulan pada reseptor delta opiod

• Dos tinggi (10-30 helai daun atau lebih sehari) memberi kesan sedatif pada reseptor mu


Kesan Sampingan Mitragynine

Kesan Dos Rendah

• Menghalang motivasi
• Ketiadaan minat

• Bosan

• Malas

Kesan Pada Tahap Stimulan (Dos Sederhana)

• Ransangan

• Peningkatan tenaga fizikal dan batin

• Mungkin meningkatkan keupayaan melakukan kerja-kerja berat atau

• Kerja yang membosankan

• Suka bercakap, ramah, suka bergaul

• Mudah runsing


Kesan Pada Tahap Sedatif-Euforik-Analgesik (Dos Tinggi)

• Kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal dan emosi

• Berasa tenang

• Hilang dalam alam mimpi

• Merasa gatal atau berpeluh

• Anak mata menjadi sempit

• Merasa loya


Kesan Sampingan Akut (Penggunaan Singkat)

• Mulut menjadi kering

• Kerap kencing

• Kehilangan selera makan (anoreksia)

• Sembelit



Kesan Sampingan Kronik (Penggunaan Lama)

• Anoreksia dan seterusnya kehilangan berat badan

• Jaundis (penyakit hati)

• Insomnia (payah tidur)

• Psikosis (gila)

• Kulit menjadi gelap terutamanya di bahagian pipi


Kesan Penggunaan Banyak (10-30 Helai Daun Atau Lebih Dalam Sehari)

• Banyak tidur

• Hilang keupayaan untuk bekerja

• Takikardia (denyutan jantung menjadi cepat)

• Delusi paranoid (khayalan buruk-sangka)



Gejala Tarikan

• Hidung dan mata berair

• Cirit birit

• Sakit pada otot dan tulang

• Masalah pergerakan anggota kaki dan tangan

• Sintakan otot (muscle jerking)

• Tingkahlaku agresif dan hostil (sikap bermusuhan)

• Mudah meradang

• Hilang keupayaan bekerja



Risiko

• Tertidur semasa melakukan kerja berbahaya sebab pengguna akan

• Mengantuk dengan tiba-tiba tanpa amaran

• Ketagih jika menggunakan setiap hari atau untuk jangka masa yang panjang jika diambil bersama lain-lain drug seperti yohimbin, kokain, amfetamin,

• Dos besar kafein – kesan perangsang berlebihan atau peningkatan tekanan darah

• Jika diambil bersama alkohol, benzodiazepin, opiat – kesan sedatif berlebihan atau menindas pernafasan dan boleh menyebabkan kematian



Dari Aspek Perundangan
• Dikawal di Australia, Malaysia, Myanmar dan Thailand

• Thailand mengharamkan penggunaannya semenjak tahun 1943

• Memandangkan kesan bahaya akibat penyalahgunaan daun ketum. Disama kelaskan dengan kokain dan heroin. Kajian Dr. Sangun Suwanlert pada tahun 1975 mendapati bahawa daun ketum mempunyai ciri-ciri ketagihan

• Di Malaysia sejak 1 Jan 2003, Mitragynine adalah bahan psikotropik yang

• Disenaraikan dalam Jadual Ketiga (Section 30) Psychotropic Substances Akta Racun 1952. Sesiapa yang mengimport, mengeksport, mengilang, membekal, menjual dan memiliki atau menggunakan Bahan Psikotropik secara haram (tanpa dibenarkan mengikut undang-undang) adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. (disemak 1989)


Hukuman

• Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 30(3) boleh dikenakan denda di bawah Seksyen 30(5) Akta Racun 1952 iaitu denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga 4 tahun atau kedua-duanya sekali.


Sumber:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Ketum

http://farmasikdh.moh.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php?id=16

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kesihatan_mental_content.jsp?lang=mental&storyid=1207645987458&storymaster=1207645987458

23 comments:

  1. adakah kesannya akan sama juga jika mengamalkan meminum air daun ketum untuk tujuan prubtan tradisional..?

    ReplyDelete
  2. sekarang dah semakin akut di kampung-kampung. kerajaan perlu bertindak segera sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  3. Hmmm..ok,
    Bagaimana pula dengan Arak?
    Kesannya > teruk (mabuk,sumbangan kadar jenayah,kanser usus,busuk dan sbgnya)
    serta haram disisi islam.

    Rasanya jika mereka bayar cukai utk ketum sepertimana Arak, ianya x kan jadi kesalahan...

    HENTIKAN kedua2nya..!!

    *ada cukai = haram jadi halal
    *x da cukai = halal jadi haram

    apa ni???

    Sekadar pandangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam
      Arak dah nyata HARAM,jangan komen POLITIK...orang Malaysia hidup dengan POLITIK...

      Delete
    2. sy sokong alphard.ahmad...Karlisa Halim ini lah di pggil matlamat menghalal kan cara....

      Delete
  4. As'kum.

    Kpada yg berpenyakit, eloklah check perubatan tradisional yg ada di sini:

    Perubatan Resdung cara Tradisional

    Semoga yg terbabit berjaya sembuh. Tq.

    ReplyDelete
  5. salam., saya amat terharu selepas membaca kesemua fakta yang di sediakan oleh doktor. cuma sedikit rasa yang meyedihkan saya doktor hanye memberikan fakta mengenai daun ketom dan fakta berkenaan kesan pengambilan ketom, tetapi tiada fakta yang doktor nyatakan bersama bagainama caranya untuk memulihkan ketagihan air ketom dan cara untuk menyembuhkan kesakitan yang berpunca dari menagih air ketom ini secara ringkasnya. ini kerana mereka yang terlibat mengamalkan air ketom akan berasa sakit pada urat saraf dan sendi apabila mereka tidak mengambil atau minum air ketom selepas dos yang ada didalam badan telah berkurangan, disebabkankan kesakitan yang tak dapat kita gambarkan inilah mereka yang mengamalkan air ketom itu tadi terpaksa mengambil air ketom dua atau tiga bungkus setiap hari untuk menghilangkan rasa sakit atau sengal badan berpunca daripada mengamalkan air ketom secara tidak terkawal. saya mencadangkan doktor mengkaji atau memberikan sedikit fakta kepada pembaca bloge doktor yang penuh manfaat ini untuk dikongsikan bersama sama pembaca yang sangat ingin tahu atau mengharapkan kesembuhan dqn ingin membuang tabiat buruk mengamalkan air ketom secara tidak terkawal sehinga menyebabkan ketagihan. sekian daripada makhluk ciptaan allah yang di utuskan untuk membaca dan memberi cadangan didalam bloge peliharaan doktor. wassalamubilqoiril'ajmaain,. assalamualaikum.,

    ReplyDelete
  6. dokter sy telah mengambil ketom selama 2 thn tanpa berhenti dari 1 bunkus hingga 1 hari 5bunkus sy meyesal kerana mengambil ketom sya dh x minum air ketom selama 2 bln tetapi sya mengambil metadon adakah metadon 2 bagus bla sya mkn metedo rasa sakit badan 2 hilang dlm masa 1 hari harga 10ingit 1 btoi sya tertanya apa cara untuk berhenti ketom sy x sanggup lagi mkn metadon 2 sebab metadoh hanya mengilangkan rasa sakit dlm masa 1 hari ja pda keesokan hari sakit 2 datang balik sy takut ingin berhenti ketom dgn minum metadon sya takot ketagihan metadon pulak sy merayu pada dowktor g la cara untuk berhenti ketom n ketom dh bwat sya ilang bapa yg sya sayang kerna beliau risau atau susah aty dgn sya sya merayu pada dokter

    ReplyDelete
  7. Pihak kerajaan perlu mengkaji semula Ketom
    Disenaraikan dalam Jadual Ketiga (Section 30) Psychotropic Substances Akta Racun 1952. menggunakan Bahan Psikotropik secara haram (tanpa dibenarkan mengikut undang-undang) adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. (disemak 1989)..mesti ada kaedah yang lebih baik bagi memelihara khazanah alam ketom akan pupus.GOv perlu ambil inisiatif terbaik dalam menjaga khazanah yg beharga sekalipun terdapat sedikit kepincangan pada pandangan kita tak jauh beza abtara tembakau yang di wawarkan sebagai silence killer hinggakan di kotaknya juga telah di label dengan berbagai bagai penyakit kronik dan juga contain hampir 4000 bahan kimia tapi masih laris di pasaran.Saya tidak bermaksud untuk encourage penggambilan ketom atau apa saja berkaitan ketagihan termasuklah Metadon yang di luluskan oleh Gov dan di sediakn secara percuma di semua hospital seluruh negara...

    ReplyDelete
  8. betulkan yang biasa
    biasakan yang betul...

    biarkan sakit badan itu dalam seminggu serta mengambil rehat yang cukup...lama lama biasalah tu..kerana saya pun seperti yang lain juga...

    ReplyDelete
  9. saya & suami br 3thn berkahwin sebelum ni sy tdk th dia suka minum air ketum & tidak kenal pon air ketum sedgkn di dlm peti rmh sy sentiasa ada air tersebut.hinggalh pd 1 hr sy terdgr kwn sy bercerita pasal air tersebut hati sy terlalu risaukn dia...sy ingin dia berubah...bagaimn sy harus lakukan..tolonglah sy

    ReplyDelete
  10. Doktor,saya seorang yang mengambil daun ketum yang dicampurkan dengan ubat batuk dan coca cola. Tlg doktor beri penjelasan akan akibat daripada pengambilan macam itu,adakah ada kesan kesan yang merbahaya dan cara cara untuk berhenti dari tabiat itu.

    ReplyDelete
  11. Doktor, saya seorang pengambil daun ketun yang telah diproses menjadi jus kemudian dicampur dengan ubat batuk dan coca cola yang dipanggil koroi. Saya nak mohon jasa baik Tuan Doktor tolong beri penjelasan tentang kesan kesan yang terjadi akibat pengambilan koroi yang berlebihan dan cara cara untuk berhenti dari penagihan koroi.

    ReplyDelete
  12. methadon kena lawan la sakit tu skit..sminggu insyaallah boleh. Kena lawan la. klu xmmg pyh. Rajin kan berjogging.

    ReplyDelete
  13. Simpan air ketum satu kesalahan di negara kita di bwh s.30(3)akta racun 1952..kita harus ikut undang2 yg digubal oleh negara, pastinya kajian yg mendalam telah dijalankan sblm peruntukkan tersebut dibentangkan,dibahas,dipinda etc.di parlimen..keburukannya lebih banyak dr kebaikan jika diambil secara berlebihan. Artikel yg bagus. Setuju juga jika rokok/tembakau diharamkan, namun melihat keadaan skrg ianya adalah amat sukar..

    ReplyDelete
  14. doktor,saya penagih air ketum..dah dekat 2 tahun saya minum tanpa selang..setiap hari saya akan minum untuk mengembalikan tenaga..kalaw x minum segala jenis sakit akan datang..semakin hari saya semakin takut kerana banyak cerita yang tidak baik pernah saya dengar tentang kesan penagihan ketum ni..contohnya kemandulan,tarik dan masalah hati..saya merayu kepada doktor agar mencari cara untuk mengurangkan penagihan ketum yang saya alami sekarang ni..saya memang nk berhenti tetapi memang tak boleh.,saya pernah cuba berhenti,tapi tak sampai setengah hari saya tak dapat tahan..saya harap doktor dapat tolong saya..

    ReplyDelete
  15. salam doktor..
    boleh tak doktor terangkan cara-cara bagi mengawal ketagihan tersebut dan apakah ubat yang paling berkesan bagi menghilangkan kesan ketagihan ketum ini..selain itu apakah altenatif lain yang dapat dilakukan bagi menghilangkan ketagihan ketum ini..

    ReplyDelete
  16. kepada sesiapa yang tahu bagaimana cara menghilangkan ketagihan ketum sila kongsi bersama dan apakah ada altenatif lain atau ubat lain yang dapat diambil bagi menghilangkan ketagihan ketum ini..semoga segala maklumat yang anda kongsikan dapat membantu mereka yang sedang ketagihan ketum dapat berhenti dari masalah ketagihan ini.

    ReplyDelete
  17. Sya minum ketum dh 4 tahun,1ari 10 bngkus.jika x mnum,sya nk mengamuk dn meradang,ati ssah,pagi2 bngun tido sakit bdan,mlm-mlm tdo pun terbangun sendiri sbab sakit urat,lpas minum 1bungkus,baru boleh tido.adakah cara untuk menghilangkan ketagihan ketum ini,saya lihat di KEDAHdah 80% org minum.tak kira apa bangsa dan jawatan.apakah kesudahan ketagihan ketum ni..adakah mati je pengobatnya..FAHMI.....

    ReplyDelete
  18. Cara nk brenti sng ja..jauhkan dri dri tempat yg jual..kalu bleh tggal tempat yg sush nk p amek ketum tu..slagi ada slagi tu nk p amek..biar xdak bekalan sampai sakit pun xpa...tahan ..lma2 ok la..slama ni kita biasakn bdn kita dgn ktum...so bdn kita memerlukan ketum la...memg la sakit ..tp thn la..lma2 sakit 2 hilang n bdn kita tanpa ketum pn xpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bg sy lh....dh 5 kali sy brenti tp tu lah kdg2 hasutan kwn2 pun jd puncanya...kdg2 atas dri sndri...stiap kali nak brenti mmg perit asanya...sakit2 bdn, asa mcm nk demam tu mst dtg...cma atas dri sndri ja..klu betul2 nak brenti kna tahan lah sakit badan tu....sediakan ubat2 yg boleh mmbntu kurangkan kesakitan sprti ubat urat n ubat dmam...tahan ja seminggu...insyaallah lps ja sminggu mst bdn dh xasa sakit dah....alhamdulillah sy dh berjaya brenti skrg....dan xkn minum lg ketum ni.....ubat apa pun klu salah guna boleh merosakkan kita

      Delete
  19. Kwn2 sy da cra cm na nk brnti ketum.. Sb kwn sy ad pglman nya.. Cma jpa gn dOktOr dan brithu yg kita nk bhnti ketum.. Dia akn kaunseling n bg ubat.. Stu ubat dlm 13 rgt utk stu pil.. Kwn sy mnum 2 bgkus shri.. Tuk hlg kn ktgihan dy amik 1 pil bhgi 2.. Dlm msa 2 mgu alhmdulillah sihat dan berkesan.. Cba jpa dOktOr.. Bg yg nekad la..

    ReplyDelete