Monday 16 November 2009

5 Penagih Baru Setiap Hari ....

Sumber :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_05.htm


KUALA LUMPUR 15 Nov. – Peningkatan bilangan penagih dadah di Malaysia semakin membimbangkan apabila secara purata, lima penagih baru dikesan setiap hari atau 160 orang dalam tempoh sebulan.

Ini bermakna, setiap lima jam, seorang penagih baru akan muncul di negara ini.

Satu kajian Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) baru-baru ini mendapati, seorang penagih membelanjakan kira-kira RM30 sehari atau RM11,000 setahun untuk mendapatkan bekalan dadah.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Abd. Bakir Zin berkata, kira-kira 81.3 peratus daripada penagih baru yang dikesan itu sekurang-kurangnya menamatkan pengajian tingkatan tiga.

Menurut beliau, berdasarkan statistik AADK, daripada sejumlah 1,823 penagih yang ditahan di seluruh negara dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini, 57 peratus adalah penagih baru manakala selebihnya penagih berulang.

‘‘Dianggarkan 89.1 peratus daripada penagih dadah yang baru dikesan itu mempunyai pekerjaan.

‘‘Sebanyak 21 peratus daripada penagih baru itu dikesan bekerja sebagai buruh am, diikuti mereka yang bekerja dalam bidang jualan (15.9 peratus) dan buruh binaan (11.6 peratus),’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, daripada jumlah itu, 1,401 atau 87.5 peratus penagih dadah baru adalah Melayu, diikuti Cina dengan 6.2 peratus manakala India 4.7 peratus.

Pribumi Sabah pula menyaksikan satu peratus, Sarawak (0.19 peratus) dan kaum-kaum lain 0.3 peratus.

Beliau berkata, kira-kira 30.8 peratus penagih baru lebih cenderung mengambil morfin, iaitu sejenis dadah yang perlu dicairkan sebelum disuntik ke dalam pembuluh darah dengan jarum suntikan.

No comments:

Post a Comment