Penderaan fizikal ke atas pasangan (khususnya ke atas wanita) semakin hari semakin berleluasa di negara ini. Mangsa-mangsa berkenaan sering mengalami gangguan jiwa - kemurungan , kerisauan bahkan ada yang mengalami penyakit mental yang lebih teruk daripada itu.
Malangya dalam kebanyakan kes, si mangsa yang sering berada dalam ketakutan. Takut untuk melaporkan kepada pihak yang berkuasa. Bimbang akan lebih teruk dibelasah sekiranya diketahui si suami atau keluarga.
Mereka juga risau akan kehilangan tempat bergantung sekiranya si suami dikenakan hukuman. Apa akan terjadi kepada mereka dan anak-anak nanti? Siapakah yang akan menyara keluarga mereka jika si suami sudah tiada?
Ada juga yang malu. Bimbang akan dipulaukan, dihina atau dibuang oleh keluarga.
Akhirnya wanita-wanita ini terus menderita zahir dan batin. Sanggup dipukul dan dizalimi demi untuk keluarga.....Berkorban apa saja umpama lilin yang membakar diri. Demi keluarga, demi anak-anak atau demi sesiapa sahaja tetapi bukan demi kesejahteraan mereka sendiri.
Undang-undang Mahkamah Syariah sedia ada tidak begitu menyebelahi mereka. Terlalu lemah penguatkuasaannya hingga kerapkali ia dilihat lebih berpihak kepada lelaki berbanding wanita.
Mungkin sudah tiba masanya ia dikaji semula atau diaplikasikan dengan lebih sempurna demi untuk membela nasib ramai wanita di Malaysia yang telah sekian lama terabai dan teraniaya....
No comments:
Post a Comment