Secara ringkasnya dari segi syarak...
Seseorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas alasan bahawa suami atau isteri telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;
Penilaian sama ada individu terbabit sememangnya mengalami masalah jiwa haruslah dibuat oleh pakar jiwa yang berkelayakan supaya tidak timbul sebarang keraguan.
Walau bagaimanapun, individu yang terlibat dinasihatkan untuk berjumpa dengan mereka yang arif dalam perundangan Islam untuk keterangan lanjut.
Berikut adalah rujukan yang diperoleh daripada laman web Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan dan portal e-syariah.
http://www.jaheaik.gov.my/index.php?laman=Enakmen&jenis=BHG5
Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh
( 53.
(1) Seseorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut, iaitu
(a) bahawa tempat di mana beradanya suami atau isteri telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;(b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;
(c) bahawa suami atau isteri telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;
(d) bahawa suami atau isteri telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;
(e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;
(f) bahawa suami atau isteri telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;
(g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali Mujbimya sebelum ia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan ia belum-disetubuhi oleh suaminya itu;
(h) bahawa suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya iaitu, antara lain�
- (i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya;
- (ii) berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak;
- (iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah;
- (iv) melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu dari menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu;
- (v) menghalang isteri atau suami dari menunai atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya;
- (vi) jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum Syarak;
(j) bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempumaan akal, atau hal keadaan lain yang diakui oleh Hukum Syarak;
(k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguh pun berkebolehan member! izin yang sah, adalah seorang yang sakit otak, sama ada berterusan atau berselangan, dalam erti Ordinan Sakit Otak 1952 [Ord. 31/52) dan sakit otaknya adalah dari suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; atau
(l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak.
(2) Mana-mana orang yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapatkan perintah bagi pembubaran perkahwinan atau fasakh atas alasan bahawa isteri menjadi tak upaya yang menghalang persetubuhan.
(3) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan dalam perenggan (1) (c) sehingga hukuman itu telah dikemukakan dan suami atau isteri telah pun menjalani satu tahun dari hukuman itu.
(4) Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam perenggan (1) (e) Mahkamah hendaklah, atas permohonan suami, membuat suatu perintah menghendaki suami memuaskan hati Mahkamah dalam tempoh satu tahun dari tarikh perintah itu bahawa dia tidak lagi mad pucuk, dan jika suami memuaskan hati Mahkamah sedemikian dalam tempoh itu, tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan itu.
(5) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas mana-mana alasan dalam subseksyen (1) jika suami memuaskan hati Mahkamah bahawa isteri, dengan mengetahui bahawa adalah terbuka kepadanya untuk mendapatkan perkahwinan itu ditolak, telah bertingkahlaku terhadap suaminya dengan cara yang menyebabkan suami mempercayai dengan munasabah bahawa isteri tidak akan menolak perkahwinan itu, dan bahawa adalah tidak adil kepada suami jika dibuat perintah itu.
ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994
BAHAGIAN VI - PROSIDING KHAS
BAB XX - ORANG TAK SEMPURNA AKAL
--------------------------------------------------------------------------------
Seksyen 170. Prosedur jika tertuduh disyaki tak sempurna akal.
(1) Apabila Hakim yang menjalankan perbicaraan mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa orang yang dituduh itu tidak sempurna akalnya dan akibatnya tidak berupaya membela dirinya, Hakim hendaklah menyiasat dahulu tentang fakta ketidaksempurnaan akal itu.
(2) Dalam penyiasatan itu tidaklah perlu bagi orang yang dituduh itu hadir dan Hakim boleh menerima sebagai keterangan suatu perakuan bertulis yang ditandatangani oleh Pegawai Perubatan yang menyatakan bahawa pada pendapatnya orang itu tidak sernpurna akal atau adalah seorang yang patut ditahan di hospital pesakit otak untuk pemerhatian, atau jika difikirkannya patut Hakim itu boleh mengambil keterangan lisan daripada Pegawai Perubatan rnengenai keadaan akal orang itu.
(3) Jika Hakim tidak berpuas hati bahawa orang itu berupaya membela dirinya, dia boleh menangguhkan perbicaraan dan hendaklah menahan orang itu selama tempoh tidak rnelebihi satu bulan untuk pemerhatian di sebuah hospital pesakit otak. Perintah penahanan itu hendaklah dibuat mengikut Borang 10 seperti yang dinyatakan dalam Jadual.
(4) Penguasa Perubatan hospital pesakit otak tersebut hendaklah meletakkan orang itu di bawah pemerhatian dalam tempoh tahanannya dan sebelum tamat tempoh itu dia hendaklah memperakukan secara bertulis kepada Mahkamah akan pendapatnya tentang keadaan akal orang itu. Jika dalam tempoh itu dia tidak dapat membuat apa-apa kesimpulan yang pasti dia hendaklah memperakui sedemikian kepada Mahkamah dan hendaklah meminta perintah tahanan lanjutan. Tahanan lanjutan itu tidak boleh melebihi tempoh dua bulan.
(5) Ketua Pendakwa Syarie boleh, dalam mana-mana peringkat apa-apa prosiding sebeIum perbicaraan, memerintahkan mana-mana orang yang dituduh yang disyakinya tidak sempurna akal supaya dihantar ke hospital pesakit otak untuk pemerhatian bagi tempoh tidak meIebihi satu bulan. Penguasa Perubatan hospital pesakit otak itu hendaklah meletakkan orang itu di bawah pemerhatian dalam tempoh itu dan sebeIum tamat tempoh itu dia hendaklah memperakukan secara bertuIis kepada Ketua Pendakwa Syarie akan pendapatnya tentang keadaan akal orang itu. Jika Penguasa Perubatan dalam tempoh itu tidak dapat membuat apa-apa kesimpulan yang pasti dia hendaklah memperakui sedemikian kepada Ketua Pendakwa Syarie dan Ketua Pendakwa Syarie itu boleh memerintahkan supaya orang itu ditahan dalam hospital pesakit otak itu untuk suatu tempoh lanjutan yang tidak melebihi dua bulan.
(6) Penguasa Perubatan hospital pesakit otak boleh, walau apa pun yang terkandung dalam Mental Disorders Ordinance 1952, menahan mana-mana orang yang dituduh yang terhadapnya sesuatu perintah telah dibuat di bawah seksyen ini untuk tempoh yang tidak melebihi tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu.
(7) Jika Penguasa Perubatan memperakui bahawa orang yang dituduh itu tidak sempurna akalnya dan tidak boleh membela dirinya, Mahkamah hendaklah jika berpuas hati tentang fakta itu, memerintahkan supaya dia dilepaskan dalam jagaan mana-mana orang, atas apa-apa syarat yang difikirkan patut, untuk kehadirannya di Mahkamah pada bila-bila masa yang ditentukan.
(8) Jika Penguasa Perubatan memperakui bahawa orang yang dituduh itu adalah sempurna akal dan boleh membela dirinya, Hakim hendaklah meneruskan perbicaraan.
(9) Walau apa pun peruntukan subseksyen (8) jika Penguasa Perubatan memperakui bahawa orang yang dituduh itu pada masa melakukan kesalahan yang dikatakan itu oleh sebab ketidaksempurnaan akalnya tidak berupaya mengetahui keadaan perbuatannya sebagai menjadi kesalahan itu atau bahawa perbuatan itu adalah salah atau berlawanan dengan undang-undang, dan Mahkamah berpuas hati bahawa orang itu telah melakukan perbuatan yang dikatakan itu, Mahkamah boleh mengikut budi bicaranya, melepaskan orang itu dalam jagaan atau di bawah pengawasan mana-mana orang atas apa-apa syarat yang Mahkamah fikirkan patut atau membebaskannya.
(10) Perakuan Penguasa Perubatan hendaklah diterima sebagai keterangan di bawah seksyen ini. Jika orang yang dituduh diperakui tidak sempurna akal dan tidak boleh membela dirinya, maka tidaklah perlu baginya hadir di Mahkamah dalam mana-mana prosiding yang tersebut di atas.
(11) Di dalam seksyen ini perkataan-perkataan 'hospital pesakit otak' ertinya hospital pesakit otak yang ditubuhkan atau diselenggarakan di bawah peruntukan Mental Disorders Ordinance 1952.

Salam.. Saya ada Penyelesaian dan Penawar bagi penyakit Vitiligo/ Sopak ni.. Sila layari
ReplyDeletehttp://rifbook.com/penawarvitiligo/