Dalam ilmu psikologi dan perubatan jiwa, ada terdapat satu konsep yang dipanggil defence mechanism atau dalam Bahasa Malaysianya - mekanisma helah bela diri
Defense mechanism ini merujuk kepada cara atau teknik seseorang itu memberi alasan terhadap sesuatu tindakan yang telah dilakukannya. Tujuan utama ialah untuk mengurangkan anxiety atau kegelisahan yang mungkin timbul akibatdaripada kelakuan atau tingkahlaku tersebut. Kerapkali ia bukanlah alasan yang sebenar tetapi tetap dilakukan kerana dengan cara itulah seseorang individu itu boleh menutup kesalahan atau kelemahan diri sendiri
Hakikatnya, dalam kehidupan seharian , ramai daripada kita selesa dengan cara dan teknik tertentu untuk menghadapi sesuatu masalah. Ia dipelajari sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, dan ia kemudiannya akan menjadi sebahagian daripada hidup kita. Kita boleh mengubahnya jika mahu tetapi ia memerlukan kekuatan dan motivasi yang kuat.
Antara defence mechanism yang paling popular ialah blaming others (menyalahkan orang lain) atau projection (projeksi).
Kenapa? Jawapannya senang sahaja. Dalam hidup ini, adalah lebih mudah untuk menyalahkan orang lain di atas sesuatu kesalahan daripada mengakui kelemahan dan kekurangan diri sendiri.
Ramai orang sebenarnya bencikan perubahan. Mereka tidak suka ditegur atau dinasihati. Teguran terhadap diri sendiri bererti mengakui diri telah terkhilaf dan ini merupakan satu sign of weakness atau tanda kelemahan diri sendiri.Ego manusia tidak dapat menerima ini semua dan akhirnya cara yang paling selesa untuk diguna pakai ialah dengan menyalahkan orang lain.
Mereka yang salah. Bukan aku yang salah. Mereka yang tidak pandai, bukan aku yang tidak pandai. Mereka yang pemalas, bukan aku yang pemalas. Mereka yang tidak mahu membuat kerja , bukan aku yang tidak mahu membuat kerja .....
Secara tidak langsung ia juga membawa erti
Aku ini baik, aku ini rajin , aku ini pandai dan sebagainya....
Itulah sebabnya kadangkala manusia berkelahi sesama sendiri. Bertegang leher menegakkan benang yang basah. Fitnah memfitnah , caci mencaci sesama mereka. Masing-masing terlalu ego untuk mengakui kelemahan diri....
Itulah sebabnya alim ulama sering berpesan, rajin-rajin lah kita bermuhasabah diri. Jangan terlalu cepat untuk menuding jari kerana kerapkali ia akan membawa kemusnahan kepada diri sendiri.....
salam... saja nak minta penerangan/pandangan dr...
ReplyDelete1) adakah defence mechanism ni disebabkan oleh falasi (fallacies)-kesalahan2 dalam berfikir?
Atau,
2)adakah defence mechanism ini adalah sub-set falasi?